Saturday, July 27, 2013

istiharah

apa itu istiharah?
bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. 

kenapa kita kena istiharah?
dalam hidup kita, biasanya kita akan mengalami sesuatu pilihan yang perlu kita buat.. contohnya pilihan utk melanjutkan pelajaran, pilihan utk pekerjaan jika tawaran lebih daripada 1, pilihan utk membuat keputusan samada perlu atau tidak utk melakukan sesuatu perkara, dan yang paling famous skali ialah pilihan utk jodoh kita.. jodoh kita mmg telah ditentukan oleh Allah. apa yg membuatkan kita istiharah ialah bila ada seseorg yg hadir dlm hidup kita dan kita xtahu n xyakin samada betol atau pun tidak yg dia itu ialah jodoh kita.. oleh itu, dengan melakukan istiharah nie, akan diberi petunjuk kepada persoalan yang bermaen dalam diri kita. tetapi, ada syarat utk kita beristiharah.

apa syarat2 utk istiharah?

1. hati mestilah tenang dan tidak berat kepada mana2 pilihan.. hati mesti clear daripada apa2 pilihan yang ada.. yang penting, kita beristiharah utk tahu mana satu pilihan yang tepat. jadi, jgn cenderung kepada mana2 pilihan sblm melakukan istiharah.

2. terima segala ketentuan yang telah ditentukan oleh ALLAH.. jika selepas kita beristiharah dan kita xnak menerima keputusan tersebut, maka itu ialah bongkak dan sombong terhadap Allah serta tidak yakin aknNYA.. jika kita tidak mahu menerima apa yang telah ditakdirkan olehNYA, tak perlulah kita beristiharah. buat je kptsn sndri laen kali.. kita beristiharah utk mengetahui pilihan atau pun bole dikatakan jalan takdir kita. oleh itu, kita haruslah yakin dan menerima segala keputusan dgn hati yg terbuka kerana ALLAH lebih tahu segalanya tentang hambanya.

dalam bacaan sy, stakat dua syarat ini diketengahkan.. mungkin ade ag syarat2 laen tapi xmendalaminya lagi. tapi, dua syarat ini merupakan asas kepada kita utk beristiharah. 
(sila betulkan jika salah)

bagaimana utk beristiharah?
istiharah dilakukan dengan solat sunat dua rakaat. niatnya ialah  'sahaja aku solat istiharah dua rakaat kerana Allah Taala. Rakaat pertama bolelah membaca al-fatihah + al-kafirun atau al-fatihah + al-kursi. rakaat kedua pula al-fatihah + al-ikhlas. dalam sujud yang terakhir pula bole membaca tasbih ini sebanyak 40kali.  sebelum bangkit dari sujud, berdoalah supaya diberikan petunjuk atas pilihan yang kita ada tu. sudah selesai solat, selawatlah ke atas nabi dan diteruskan dengan bacaan doa istiharah ni:-


jika hendak membaca dalam bahasa Melayu pun xpe. aslkan kita fhm apa yang kita doakan. bole ulang doa ini sebanyak 3 kali. yang penting, kita harus melakukan solat istiharah ni sebanyak 3 atau 7 kali berturut2 supaya dapat petunjuk yang jelas mengikut kecenderungan terhadap pilihan kita. sesetengah org akn mendapat petunjuk walaupun sekali sahaja melakukannya.. yang penting, kita yakin dan melakukannya utk mendapatkan petunjuk daripada ALLAH. ALLAH akan memberi petunjuk samada melalui mimpi2 ataupun ats perkara2 yang bakal terjadi selepas kita bersolat istiharah tu. jadi, haruslah kita memahami segala apa yang berlaku dalam hidup kita selepas kita beristiharah. 

jadi, istiharah nie penting utk kita lakukan apabila kita berada di antara pilihan2 yang dtg... pilihan kita mgkn lebih dari satu, jadi, dengan istiharah nie akn dpt memberi kita petunjuk utk pilihan kita..

ok, sekian sahaja skrg nie..
lastly, jgn tension2 n jgn wat org tensen! ceria2 selalu! (^_^)

sumber:-
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-istikharah/

No comments: