Sunday, July 14, 2013

Masjid Bandar vs Masjid Kampung

assalamualaikum..

baru2 ini sy membuat solat tarawih sy di satu kwsn luar bandar ni. sblm2 ini sy slalu solat di kwsn bandar yg berdekatan dgn umah sy. byk perbezaan yg dpt dilihat sewaktu solat di kedua2 tempat ni. salah satu yg sy nak tekankan di sini ialah PUTUSNYA SAF ketika dalam solat.

berdasarkan pengalaman sy ketika berada di masjid di kwsn bndar, imam amat menekankan kerapatan dan kelurusan  saf sehingga imam itu sndr sanggup pandang ke belakang dan mula memeriksa barisan2 di belakangnya. ini amat penting bg seorg imam utk memastikan bhw saf2 nya berada dalam keadaan yang lurus dan rapat dan tidak putus safnya.

"Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata: “Rasulullah bersabda: “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?" Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah pula, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)"


utk dicomparekan, sy ade solat di satu masjid luar bandar nie, ternyata imamnya hanya mementingkan ckupnya solat terawih itu tapi langsung tidak mementingkan lurusnya saf2 di belakangnya.. tidak utk hanya menyalahkan satu pihak (imam) sahaja, pihak makmum sendiri tidak langsung ada kesedaran utk merapatkan saf. ada dua keadaan yg sy nak ceritakan.

1. ketika sedang bersolat, ada satu makmum ni bw anaknya dan diletakkan disebelah kirinya. pada mulanya, sy mghrpkan anaknya akn menyertai solat seperti makmum laen tapi sebaliknya berlaku di mana budak tu keluar saf dan mula bermain2 dikeliling ayhnya. setelah bdak itu keluar dari safnya, sudah ternyatalah saf tersebut sudah putus. bapanya tidak pula menyambung kembali saf itu dengan merapatkan dirinya ke kiri sebaliknya hanya membiarkan sahaja saf itu (makmum itu berada di bahagian sebelah kanan imam). jadinya, saf tersebut sudah putus dan ini telah menjejaskan kesempurnaan solat makmum2 yg laen juga.

2. selepas tamatnya 8 rakaat solat tarawih, sudah pasti ramai yang berhenti dan melakukan solat witir. setelah ramai yang berpusu2 keluar, tinggallah beberapa baris yg spttnya dipenuhi dan barisan belakang pd setiap baris harus dimulakan di bahagian tengah. baris2 saf sudah dipenuhi bermula dari hadapan. tetapi, apa yang terjadi ialah, saf2 di bahagian paling belakang sekali, ada yg bermula dari tengah dan ada juga yg bermula di sebelah kanan hujung kawasan dewan solat itu. jadinya, kwsn antara tgh dan ke hujung kanan tentunya ada kosong kerana tidak ramai lagi makmum yg ingin menyambung solatnya. adapun makmum laen ingin menyertai barisan saf tersebut, saf tersebut sudah terputus pada awalnya kerana terdapat kekosongan antara makmum di barisan tersebut. hal ini diambil remeh oleh sesetengah makmum dan tidak menganggap hal ini sebagai salah satu kesempurnaan solat. mereka hanya mementingkan utk melengkapkan solat tersebut tanpa mengambil kira kesempurnaan solat sebagai makmum itu sendiri.

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)


Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan “Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)

(sumber oleh:- http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/bicara-solat/panduan-solat-berjemaah/)

Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), “Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433) Dalam Riwayat yang lain, “Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim) “Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm, merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan kewajiban. Juga lafaz ‘amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan wajib. Selain itu, Rasulullah s.a.w. setiap kali akan memulakan solat (berjemaah), selalu menghadap kepada jamaah dan memerintahkan untuk meluruskan saf, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.


Umar bin Khaththab r.a. pernah memukul Abu Utsman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Juga Bilal pernah melakukan hal yang sama, seperti yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan.


(sumber oleh:- http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/bicara-solat/panduan-solat-berjemaah/)

hal2 seperti ini telah menjejaskan kesempurnaan solat bagi makmum yg mengikut imam. tidaklah utk dipersalahkan imam kerana tidak sedar akan apa yang terjadi di belakangnya. tapi, kita sebagai makmum yg ingin menyertai imam tersebut haruslah sedar akan kesempurnaan solat iaitu dengan merapatkan dan meluruskan saf. hal yg diambil remeh dan tidak dianggap serius inilah telah byk menggagalkan kita dalam kesempurnaan solat yang kita harapkan.

oleh itu, kita haruslah sedar dalam perkara2 seperti ini.

akhir kata, jgn tensen2 dan jgn wat org tensen. ceria2 selalu? (^_^)

No comments: